BAGAIMANA PERANCANGAN KITA??


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat pembaca kalian, Apa khabar iman anda hari ini? Moga-moga ianya dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Alhamdulillah, malam yang indah ini, saya telah melakukan beberapa lawatan ke teratak sahabat-sahabat saya. Banyak juga input yang saya peroleh dari mereka. JazakAllah khairan saya ucapkan pada mereka kerana sedikit sebanyak telah memberikan saya idea untuk menulis post kali ini. Ada yang saya sempat comment, ada yang saya sekadar membacanya dan menyematkan segala pesanan itu di hati, mudah-mudahan. Tapi saya terkesan dengan beberapa post yang saya baca. Dan di sini saya telah garapkannya sekali supaya kita dapat lihat. Oleh itu , mari sama-sama kita fikirkan..
******************************************************************************


Ramai orang salah faham untuk merancang. Merancang hanya untuk mencapai impian dunia semata-mata. Merancang hanya melihat masa yang di hadapan semata.

Bagi saya tidak. Merancang bukan hanya untuk hari esok dan masa hadapan, bahkan sehingga melangkaui kehidupan selepas mati. Lihat sahaja ayat kedua surah Al-Mulk, kematian didahulukan sebelum kehidupan. Bukti yang sangat jelas bahawa ada lagi kehidupan selepas kehidupan di dunia ini. Ini ialah satu peringatan bahawa perancangan bukan hanya untuk hidup di atas dunia,bahkan sehingga kaki kita berjaya menapak di dalam syurga.

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

Cubalah selak sirah,di perang mana nabi tidak pernah membuat perancangan?Tidak ada. Perang khandak,sebagai contoh sebelum musuh sampai terlebih dahulu parit digali sebagai benteng pertahanan. Bukankah ini juga satu perancangan?

Penawanan kota Konstatinople oleh Sultan Muhammad AlFateh bukan dirancang setelah baginda akil baligh, tetapi sejak baginda masih di dalam hayunan buaian. Bahkan,selepas bersabdanya nabi bahawa Konstantinople itu bakal tumbang di tangan umat Islam,bukan seorang yang mencuba, bahkan berduyun-duyun membuat perancangan dan mencuba nasib.Ayub Al-Anshori dan Salman Al-farisi antara yang tak melepaskan peluang ini.

Merangka perancangan.

Merancang bukan sekadar membayangkan apa yang kita inginkan.Tetapi merancang itu meliputi segala perkara yang pernah dan bakal dihadapi. Merangka masa hadapan bukan sekadar bergantung pada bayang-bayang angan-angan dan keinginan, tetapi tolehlah sekali ke belakang dan carilah pengajaran.

Sebagai contoh, kalau memandu, kita mensasarkan fokus seratus peratus ke hadapan, namun sekali sekala kita akan mencuri pandang cermin sisi kereta dan cermin yang tergantung di dalam kereta. Betul atau tak?? Mengapa, walaupun memandu perlu memandang ke hadapan ,kereta kita telah diciptakan dengan dua cermin sisi di luar dan satu cermin yang tergantung di dalam? Bukankah ini bermakna kita perlu menoleh dan memandang juga ke belakang?.

Jangan takut memandang belakang.

Ada orang mahu melupakan segala masa silam dan masa hitamnya. Masa dosa dan alam jahiliah yang pernah dilalui. Umpama Si Malim Kundang, yang melenyapkan terus kehidupan zaman susahnya setelah berjaya hidup bersenang-lenang. Hmm, masih ingat ingat kisah Umar Al-Khattab?

Umar ketawa dan kemudian Umar menangis mengimbau kembali sepotong kenangan. Ketawa Umar kerana mengenangkan masa silamnya yang 'bodoh' menanam anak perempuan hidup-hidup dan menangis Umar kerana mengharapkan ampunan daripada Allah Taala. Umar tidak terus melenyapkan masa silamnya walaupun sangat hitam. Dengan masa silamlah Umar bermuhasabah dan melakukan peningkatan.

Tanpa kita sedar dan mahu, masa silamlah yang telah menghantar kita ke masa sekarang. Betul atau tak? Melupakan masa silam samalah maknanya dengan menghilangkan separuh daripada kehidupan.Wajarkah begitu?
Ketika kita membuat perancangan, ambillah kira segala yang pernah berlaku. Kalau mahu merancang cita-cita, kajilah dahulu mereka yang telah berjaya mencapai cita-cita. Kalau mahu merancang ke alam berumahtangga, pandanglah dahulu masa silam mereka yang telah melaluinya.

Jangan pernah orang muda segan meminta sedikit garam daripada orang dewasa. Kita belajar daripada pengalaman mereka. Merancang dari awal tidak salah walaupun kita masih belum bersedia.
Untuk adik-adik yang masih di bangku sekolah, yang masih di menengah rendah ,rancanglah cita-cita kamu sebaiknya. Lihatlah dan ambilah iktibar daripada kakak-kakak dan abang-abang yang telah gagal merancang cita-cita mereka dari awal.

Untuk sahabat-sahabat  yang bergelar mahasiswa, rancanglah kehidupan kamu bukan sekadar bernoktah di ambang pernikahan, tetapi sehingga selepas kematian. Dalam sibuk tangan menekan-nekan kalkulator, kira-kiralah sekali berapa hari lagi yang kita ada di atas dunia.

Kenapa perlu melihat masa hadapan dan masa yang di belakang?

Kerana Rasullah ada berpesan,

Orang mukmin tidak akan masuk ke lubang yang sama dua kali.
 

Selamat bercuti adik-adik. Dan selamat merancang.Cuti terancang,bukan terancam :)

sumber: teratak sahabat-sahabat..

2 comments:

Mohd Azlan berkata...

***** (5star)

Izzatul Adyani berkata...

jazakAllah khairan ye sahabat

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::