SIAPA PENGISLAH BUAT UMMAH???


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat yang diberikanNya. Rasa macam dah lama tidak mengupdate kan teratak laluan keinsafan ini, walaupun sebenarnya baru satu hari lebih tidak sempat mengupdatekannya kerana banyak masa harus diperuntukkan untuk menyelesaikan report  FYP, sudah semestinya kita kena utamakan yang utama dahulu. tanggung jawab kita adalah satu amanah. Malam ini, saya ingin kongsikan persoalan yang agak ringkas namun harus difikirkan oleh kita semua, kerana perkara ini amat penting untuk generasi akan datang sekiranya kita memandang perkara ini hanya remeh -temeh sahaja.

LIVER VS HATI


Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebaik selesai menunaikan solat Zuhur, saya bergegas ke museum Pathology  UKM bersama beberapa orang teman. Ada lebih kurang 52 jars (balang berisi organ-organ yang telah dijangkiti penyakit) menanti untuk di'belai' dan di'perhati' oleh kami sebagai persediaan report untuk fyp pada hari Selasa  depan (21 dec 2010). Seusai tiba di pintu museum, saya terus meluru ke arah rak yang pertama...

HIDUP UNTUK ISLAM


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Seandainya ditanya, sudah pasti ramai di kalangan kita yang mengaku bahawa dia MENCINTAI ISLAM... Ramai yang mengaku bahawa dia MENYAYANGI ISLAM... Ramai yang kata bahawa mereka akan MENJAGA KETINGGIAN ISLAM. Namun, apa buktinya??? Cukupkah sekadar kata-kata untuk membuktikan bahawa anda benar-benar MENCINTAI ISLAM???
Jadi apakah sifat-sifat mereka yang benar-benar HIDUP UNTUK ISLAM???

MERAIH IMPIAN


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullah sahabat-sahabat pembaca sekalian. Apa khabar sahabat di pagi jumaat yang mulia ini, moga-moga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Pagi ini, saya ingin mengajak sahabat untuk berfikir sejenak, adakah sahabat mempunyai satu impian? Apakah sahabat telah berjaya meraih impian itu? Fikir-fikirkannya, tapi sebelum itu, ingin sekali saya mengajak sahabat untuk mengembara bersama saya untuk menyelusuri "erti impian itu", ayuh kita mengembara sebentar dalam post ini ..

RAHSIA SOLAT DARI SUDUT SAINS


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat-sahabat.
Malam ini, mari kita selami rahsia solat dari segi sains agar kita lebih khusyuk dalam menunaikan ibadat solat kelak. Jom kita baca dan sama-sama kita fikirkan mengapakah kita perlu bersolat,....pasti ada hikmah di sebalik suruhan Allah. 
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HARI 'ASYURA


Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum w.b.t.Hari ini 9 Muharram 1432 Hijrah. Esok 10 Muharram. 10 Muharram dikenali juga sebagai hari Asyura. Mesti ramai di antara kita berpuasa sunat pada hari ini. Time ni juga la mak2 kita buat bubur Asyura. Lain negeri, lain rasa dan bentuknya.

MUHASABAH DIRI: 5 ALAM YANG KITA AKAN LALUI


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..Selamat pagi. Pagi ini saya ingin berkongsikan sedikit perkongsian yang pada saya amat bermakna selagi kita bergelar insan.Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu bertingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.

Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?

TERSENYUMLAH WAHAI MATAHARI


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..Hari ini, saya ingin kongsikan sedikit ilmu berkenaan matahari. Adakah kita semua sedar bahawa kita melihat matahari bukanlah kerana indahnya dan hebatnya pada penciptaannya, tetapi memandang matahari dengan sinaran yang penuh kemarahan membuak.Betul tak?? Saban hari, usahkan mahu tersenyum pada matahari, bukan mahupun diucapkan terima kasih pada matahari, apatah lagi memuji kebesaran  Penciptanya, memandang sahaja  pun tidak sudi.

WHAT YOU GIVE, YOU'LL GET IT BACK!


Treat people the way you want yourself to be treated.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t.. Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat ini. Seperti biasa, malam ini saya ingin kongsikan bersama sahabat pembaca sekalian berkenaan pengalaman saya dan teman saya sewaktu keluar ke bandar siang tadi. Moga-moga kisah ini sedikit sebanyak dapat membuka mata hati kita, bukan sahaja menjadi pengajaran buat sahabat-sahabat tetapi satu peringatan buat diri ini agar tidak mudah lupa.

JOM KITA CUBA PAKAIAN TAQWA!!


Bismillahirrahmanirrahim.Assalammualaikum w.b.t.
Acapkali sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, MID VALLEY, SUBANG PARADE, SACC MALL, OLE-OLE, GIANT dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya berjumpa dengan remaja melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri melayu. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, sekali pandang persis macam minah dan mat salleh. Rambutnya sudah berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt dan pakai singkat-singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih melayu. Kenapa ya?

BAGAIMANA PERANCANGAN KITA??


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat pembaca kalian, Apa khabar iman anda hari ini? Moga-moga ianya dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Alhamdulillah, malam yang indah ini, saya telah melakukan beberapa lawatan ke teratak sahabat-sahabat saya. Banyak juga input yang saya peroleh dari mereka. JazakAllah khairan saya ucapkan pada mereka kerana sedikit sebanyak telah memberikan saya idea untuk menulis post kali ini. Ada yang saya sempat comment, ada yang saya sekadar membacanya dan menyematkan segala pesanan itu di hati, mudah-mudahan. Tapi saya terkesan dengan beberapa post yang saya baca. Dan di sini saya telah garapkannya sekali supaya kita dapat lihat. Oleh itu , mari sama-sama kita fikirkan..
******************************************************************************

PERKONGSIAN: MINUM KOPI MAKAN PASTA


Kopi dan Pasta. :-)

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. sahabat pembaca sekalian. Untuk post kali ini, saya ingin kongsikan sedikit perkongsian yang saya baca di blog langit ilahi. Sama-sama kita fikirkan mesej yang disampaikan dalam perkongsian yang saya akan kongsikan ini..

Kopi dan Pasta. :-)
Orang tanya saya fasal copy paste artikel-artikel Langit Ilahi, wall-wall facebook saya, apa-apa saya tulis di Reader’s Page. Boleh atau tak boleh?
Boleh. Tak minta izin pun tak mengapa.

BERSIHKANLAH HATI KITA


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t..
Mengajak manusia kepada kebaikan mungkin mudah, adapun kalau payah itulah namanya dakwah. Kenapa demikian? Lihatlah orang munafik dan fasik juga begitu, masih boleh berpura-pura dalam melakukan dan menyuruh manusia lain melakukan kebaikan. Kerana lemah dan khilaf mereka masih boleh disembunyikan daripada pandangan insan, hanya diketahui oleh Allah .

MASIH ADAKAH LAGI ESOK UNTUK KITA???


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Saya beristighfar panjang. Cuba membuka mata dengan perasaan takut.Masih bernyawakah aku hari ini? Masih hairan. Syukur, mimpi cuma. Bagaimana kalau mimpi ngeri tadi adalah kenyataan? Saya tidak betah untuk menghadapinya. Kerana sebagai saudara seagama, saya tetap menyayanginya sesama manusia. Biarlah cerita lama diganti cerita baru. Biarlah mimpi ngeri ini hanya Allah sahaja yang tahu.

CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA


Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Bila mengulit buku Cinta Di rumah Hasan Al-Banna, saya terasa sesuatu. Adakala malu pada sikap diri sendiri. Alhamdulillah.Ya, saya telah mendapat kepuasan setelah habis menghadamnya sebentar tadi. Saya tidak puas,dan mahu mengulanginya kembali.

Dia, seorang daei yang paling sibuk,tidak hanya hebat dimata masyarakat,tetapi hebat juga dimata anak sendiri. Berkali-kali anaknya mengulang ayat begini,

INNI AKHAFULLAH


Apa yang dimaksudkan dengan khauf?
Khauf bererti takut akan Allah s.w.t. , rasa gementar dan gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Kuat dan lemah khauf ini bergantung kepada keyakinan seseorang pada Allah s.w.t. Dan selain khauf yang disebabkan takut pada hukuman sebagaimana di atas, ada pula khauf yang disebabkan oleh kerana takut akan kebesaran dan keagungan sesuatu.

BICARA PAGI


Subuh 2 Muharam 1432H. 
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum w.b.t. Musim-musim cuti begini, saya lebih seronok habiskan masa saya dengan teman baik saya iaitu buku. Tidak kisahlah ke mana sahaja saya melangkah, saya akan pastikan diri saya membawa  buku ,  buku catatan dan pensel. Jika ketika duduk di hostel dulu( zaman diploma ), hampir setiap malam, tidak kira musim imtihan atau tidak, hujan atau panas, berteman atau bersendirian, kegirangan atau kesyahduan, saya pasti ada di perpustakaan. Walhal sampai sekarang pun saya kerap menghabiskan masa di PTAR ataupun jika ada kerja hendak disiapkan saya berada di lab .

MUSLIMKAH KITA???


Demi Allah, engkau tidak melihat melihat seorang Muslim melainkan dia sentiasa mencela dan mengkritikkan dirinya sendiri. Mengapa aku berkata begitu? Mengapa aku makan ini? Mengapa aku bercita-cita begini? Tetapi sebaliknya, seseorang yang berdosa itu akan terus melakukan maksiatnya tanpa mencela dan mengkritikkan dirinya.
-al-Imam Hassan al-Basri-

HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN



Hari ini 30 Dzulhijjah 1431H. Berapa detik sahaja lagi kita perlu berikan lambaian perpisahan kepada 1431H dan mengucapkan selamat datang kepada 1432H. Masa terus berlalu mengikut putaran alam. Manusia si pemakmur bumi adalah isinya, bahan bicaranya, agen perubah yang akan mewarnai perjalanan masa. Namun seperti biasa, kemunculan awal muharam dipandang sepi, sesepi kawasan perkuburan dan ketibaan tahun baru masihi dinanti-nantikan dengan penuh keghairahan.

MASALAH SEBAGAI BATU LONCATAN



Bismillah wa alhamdulillah..

Setiap manusia yang bernyawa pasti berhadapan dengan pelbagai masalah. Tidak kira sama ada dia kaya atau pun miskin, tua atau pun muda, baik atau pun jahat, cantik atau pun hodoh, semuanya akan berhadapan dengan masalah. Sebenarnya masalah itu sendiri adalah ujian yang Allah kenakan kepada manusia bagi memajukan diri. Kemajuan bermula daripada masalah. Yang membezakan kita adalah cara mana kita mengatasi masalah tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::