Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat yang diberikanNya. Rasa macam dah lama tidak mengupdate kan teratak laluan keinsafan ini, walaupun sebenarnya baru satu hari lebih tidak sempat mengupdatekannya kerana banyak masa harus diperuntukkan untuk menyelesaikan report FYP, sudah semestinya kita kena utamakan yang utama dahulu. tanggung jawab kita adalah satu amanah. Malam ini, saya ingin kongsikan persoalan yang agak ringkas namun harus difikirkan oleh kita semua, kerana perkara ini amat penting untuk generasi akan datang sekiranya kita memandang perkara ini hanya remeh -temeh sahaja. Mari bersama-sama saya memikirkan cabaran yang akan timbul sekiranya kita bersikap sambil lewa dan hanya mementingkan diri tanpa berusaha untuk mengubahnya sebelum ia menjadi parah. Dunia kini semakin menampakkan dirinya semakin uzur. Di sana sini penuh dengan pelbagai bencana yang menimpa termasuk juga petanda-petana besar akan berlakunya kiamat. Mutakhir ini, semakin kerap kedengaran tentang kematian mengejut, runtuhan, banjir besar, keruntuhan akhlak, zina, buang anak dan pelbagai petanda lagi yang cukup menggerunkan.
Pagi tadi sahabat-sahabat saya riuh dengan pelbagai soalan dan perkongsian temuduga permohonan jawatan tetap kerajaan. Dalam banyak perkara yang timbul, saya cukup tertarik dengan kenyataan seorang pegawai temuduga terbabit yang berbunyi : “tahun 2020 sijil agama sudah tidak diakui dan tidak dipandang lagi”. Berderau juga darah saya mendengarnya. Pelbagai respon ada ketika sahabat mengutarakan perkara itu. Ada yang senyum selamba, marah, buat tidak tahu, tdak kurang juga yang memendam rasa. Ya Allah…biar bagaimana sekalipun yang diperkatakan dan yang akan dilakukan, agama ini tidak sekali-kali akan lenyap dari bumi ini.
Apa yang diperkatakan oleh pegawai , saya cuba renunginya sedalam dan sejauhnya. Memang ada sedikit kebenarannya. Lihatlah pada kolej dan university hari ini yang wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan, fakulti yang ditawarkan kebanyakannya adalah menjurus kepada kemahiran dan material. Sepertinya terlalu janggal mendengar university atau kolej Islam yang ingin dibina. Jika adapun tidak diwar-warkan. Kebanyakan kolej kemahiran yang ditawarkan tidak ada yang menyediakan fakulti pendidikkan Islam. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana manusia hidup tanpa agama. Apa yang berlaku pada hari ini pun sudah cukup memeningkan kepala dan sukar menemui penyelesaian, inikan pula jika pendidikan Islam tidak diberi penekanan yang sebaiknya.
Mengikut kebiasaan adalah perkara biasa apabila ada orang yang membenci orang agama. Hal iman dan kuffar adalah suatu yang bertentangan sampai ke kiamat. Ia tidak akan bersatu selama-lamanya. Silibus agama Islam khususnya yang berkaitan dengan tauhid, feqah, sirah, bahasa Arab, tasawwur Islam dan semua subjek yang menjurus kepada Islam adalah tidak lansung di galakkan atau dipentingkan. Apa yang paling dikesalkan adalah sudah berani timbul dan dijaja di sana sini bahawa golongan yang bersijilkan pendidikan Islam dan aliran bahasa Arab tidak akan mendapat tempat bahkan juga akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Pada saya ini adalah pandangan yang sangat sempit dan berbaur prejudis pada agama Islam itu sendiri. Nafilah dengan seribu jawapan sekalipun bahawa anda tidak menghina agama dengan kenyataan tersebut. Sesungguhnya membiarkan anak bangsa jahil dan terpisah dari kehidupan beragama adalah satu pengkhianatan terhadap agama dan ummat Islam. Ini hakikat yang mesti dimuhasabahkan oleh semua. Saya menyeru kepada seluruh warga malaysia yang beragama Islam untuk bersama memupuk kesedaran bahawa Islam semakin terpinggir dari kehidupan umat. Bersamalah kita menyokong dan mendokong perjuangan golongan yang berjuang memartabatkan Islam yang bersumberkan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias.

Memetik Syair yang dinukilkan oleh penyair Arab Shauki. Beliau menyebutkan bahawa jika ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, maka lihatlah pada keadaan generasi mudanya hari ini. Jika generasi mudanya hari ini merupakan generasi yang mempunyai jati diri yang unggul dan hebat, adalah menjadi satu jaminan bahawa masa depan negara akan terjamin dan maju. Begitulah juga sebaliknya. sekiranya generasi muda hari ini tidak berpegang pada nilai dan jati diri yang benar, maka lihatlah keruntuhan sesebuah negara yang mana tidak kita inginkan akan berlaku.
0 comments:
Catat Ulasan