APA ITU ISTI'AB??



Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pagi subuh ini, sekali lagi saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk berfikir, dan dalam masa yang sama berzikir.. bak kata orang.. fikir dan zikir..Semoga apa yang ingin saya kongsikan bermanfaat untuk kita semua, bukan sahaja peringatan sahabat-sahabat tetapi untuk diri ini juga., 
Dalam kita sibuk membina orang ataupun anak usrah, kadang-kadang kita terlupa. Diri kita juga sebenarnya perlu dibina. Malah, lebih penting untuk membina diri kita sendiri daripada membina orang lain. Analoginya mudah. Seperti memakai topeng keselamatan ketika berlaku kecemasan di dalam flight. Apa kaitannya. Fikir -fikirkannya sendiri.

Tapi sebelum dapat membina orang, kita perlulah menarik mereka. Mesti kadang-kadang kita berfikir. Macam mana kita nak menarik mad'u. Lepas tu kita fikir lagi macam mana nak membina orang lain yang boleh bina orang lain yang boleh bina orang lain yang boleh bina orang lain dan seterusnya. Sampai infiniti.

Apa itu isti'ab?
Dalam buku Isti'ab karangan Fathi Yakan, beliau mendefinisikan Isti’ab (daya tampung) adalah kemampuan da’i utk menarik objek dakwah (mad’u) dan merekrut mereka dengan segala perbedaan intelektual, kejiwaan, status sosial dan sebagainya. Isti'ab terbahagi kepada dua. Satu, eksternal dan dua, internal.

Isti'ab eksternal ialah penguasaan terhadap orang-orang yg berada di luar dakwah, di luar pergerakan dan diluar organisasi. Atau orang-orang yg belum bergabung.

Dalam buku ini, beliau menggariskan terdapat 9 perkara dalam isti'ab eksternal.

  1. Kefahaman tentang agama
  2. Teladan yg baik
  3. Sabar
  4. Lemah lembut
  5. Memudahkan tidak mempersulit
  6. Tawadhu’ dan merendahkan sayap
  7. Murah senyum dan perkataan yg baik
  8. Dermawan dan berinfaq kpd orang lain
  9. Melayani orang lain dan membantu keperluan mereka

Ini hanya nota ringkas sahaja yang saya petik sedikit dari buku ini.  Jadi, cuba tanya diri kita, ada tak kesembilan-sembilan perkara di atas dalam diri kita?

*Isti'ab internal nanti ye"..

Sumber: dipetik dari buku ISTI'AB karangan Fathi Yakan

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::HALWA TELINGA::

::ILMU::